awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: UMNO tidak berkompromi jika ada penyelewengan - Ismail Sabri

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
08/03/2015
13:51 MYT
1MDB: UMNO tidak berkompromi jika ada penyelewengan - Ismail Sabri
Presiden telah menyatakan bahawa kita tidak akan melindungi sesiapa jika ada salah laku dalam (pengurusan) 1MDB. -Gambar fail
Kesilapan tindakan dalam membuat sesuatu keputusan bisnes seperti hal pelaburan adalah lumrah namun isu penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan 1MDB merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mempengerusikan Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua UMNO Bahagian bersama presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
"Presiden telah menyatakan bahawa kita tidak akan melindungi sesiapa jika ada salah laku dalam (pengurusan) 1MDB.
"Beliau juga memberitahu pengauditan akaun yang dibuat pihak Deloitte Malaysia (ke atas 1MDB) bukan pengauditan biasa malah sampai ke peringkat pengauditan yang terperinci atau forensik," ujar beliau yang bertindak selaku penyelaras perjumpaan tersebut.
Tambah Ismail Sabri, pihak Deloitte juga, seperti yang dikatakan oleh Najib, telah memperjelaskan bahawa tiada unsur-unsur penipuan atau penyelewengan berlaku.
"Datuk Seri Najib sekali lagi memperjelaskan bahawa perkara ini akan dibawa ke Ketua Audit Negara malah akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang ahli-ahlinya turut terdiri daripada pihak pembangkang yang banyak mengkritik seperti Tony Pua.
"Ini bermakna tiada apa-apa yang hendak dilindungi oleh Datuk Seri Najib mahupun kerajaan," ujar Ismail Sabri.
Majlis yang dihadiri sekitar 160 peserta itu antara lain membincangkan tentang persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-14, Mesyuarat Agong cawangan UMNO, hal berkaitan RMK dan maklum balas tentang isu-isu semasa.
Ismail Sabri berkata, majlis itu sebenarnya perjumpaan biasa dan merupakan inisiatif ketua-ketua bahagian untuk menunjukkan solidariti kepada Perdana Menteri dan Presiden parti yang akhir-akhir ini banyak berdepan fitnah.
"Kita rasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab ketua-ketua bahagian ini untuk bersama-sama Datuk Seri Najib dalam menghadapi tekanan, penghinaan dan fitnah tersebut," ujar beliau.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita tentang ketidakhadiran Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin ke majlis tersebut, Ismail Sabri berkata beliau menyatakan minat untuk hadir, namun terikat dengan urusan lain.
"Dahulu pun, timbalan presiden juga tidak hadir (ke perjumpaan seperti ini). Dalam hal ini, beliau memberitahu saya yang beliau akan hadir tetapi ada komitmen lain,” katanya.
Katanya lagi beberapa Ketua Umno bahagian termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Johor, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak hadir kerana terikat dengan komitmen kerja masing-masing.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ismail Sabri
#pengauditan akaun
#Perjumpaan Ketua-Ketua UMNO Bahagian
#PWTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan