MALAYSIA
1MDB: Usaha Zeti satu jihad besar - Mufti Perlis

Mufti Perlis memuji Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (foto) susulan pendiriannya terhadap isu 1MDB.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini memuji Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz susulan pendiriannya terhadap isu skandal yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menerusi laman Facebook rasmi miliknya, Mohd Asri menyifatkan apa yang dilakukan oleh Zeti sebagai satu “jihad besar”.
Lebih 5000 pengguna Facebook berkongsi status Facebook tersebut yang telah dimuat naik oleh mufti itu malam tadi.
menarik balik pelaburan 1MDB di luar negara yang berjumlah ASD1.83 bilion.
Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia mengeluarkan kenyataan untuk Dalam kenyataan tersebut, BNM mendedahkan akan menarik balik tiga kebenaran untuk melabur di luar negara yang diberikan kepada syarikat pelaburan strategik negara itu di bawah Exchange Control Act 1953 (ECA).
BNM turut mengarahkan 1MDB untuk menyiapkan plan penarikan pelaburan tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami