awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,000 telur penyu dirampas polis marin

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
05/10/2018
10:55 MYT
2,000 telur penyu dirampas polis marin
Telur penyu yang dirampas dipercayai diseludup dari Filipina untuk dijual di Sandakan, Sabah. - Astro AWANI
Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 2,000 biji telur penyu di kawasan perairan Sungai Batu Putih, semalam.
Pemangku Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Supt Mohd Nasir Othman berkata, bertindak atas maklumat sekitar pukul 6.10 pagi, sepasukan anggota yang sedang membuat pemantauan di kawasan berkenaan terserempak dengan sebuah bot pam yang datang dari arah laut menuju ke Sungai Batu Putih dalam keadaan mencurigakan.
"Bot pam berkenaan cuba melarikan diri apabila dihampiri oleh bot pasukan PPM namun berjaya ditahan selepas dikejar untuk beberapa minit.
"Berdasarkan nombor pendaftaran, bot terbabit disyaki datang dari Filipina," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bot pam yang ditahan pasukan Polis Marin Malaysia. - Astro AWANI
Bot pam yang ditahan pasukan Polis Marin Malaysia. - Astro AWANI
Kata Mohd Nasir, pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit telah menemui empat karung plastik yang mengandungi 2,000 biji telur penyu bernilai lebih RM4,000 yang disembunyikan di dalam bot.
"Telur penyu berkenaan disyaki cuba diseludup masuk dari Filipina untuk pasaran tempatan, khususnya di daerah Sandakan.
"Kes akan disiasat di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan liar 1997," tambahnya.
Topic Berkaitan
#penyeludupan
#polis marin
#telur penyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan