awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,426 orang peserta tabligh di Sabah berjaya dikesan

Radhi Muslim
Radhi Muslim
16/03/2020
21:49 MYT
2,426 orang peserta tabligh di Sabah berjaya dikesan
Seramai 57 orang daripada yang diperiksa pada Isnin didapati positif COVID-19 dan 197 didapati negatif. - Gambar hiasan
Seramai 2,426 orang peserta tabligh di Sabah yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Selangor berjaya dikesan, menjadikan ia jumlah tertinggi setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik statistik mengenai jumlah itu pada Isnin, melalui akaun Facebooknya.
Menurut statistik itu, seramai 1,895 sudah diperiksa dan sebanyak 854 sampel diambil.
Seramai 57 orang pula didapati positif COVID-19 dan 197 didapati negatif.
Manakala, sejumlah 608 masih menunggu keputusan.
Dalam pada itu, seramai 884 orang pula dikenakan kuarantin di rumah.
Terdahulu pada Isnin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan Sabah berada di tangga ketiga dalam negara memiliki rekod tertinggi kes positif COVID-19 di negara ini dengan 57 kes.
Pada Khamis lalu, Sabah mencatatkan satu kes dan keesokannya ia meningkat kepada 15 kes.
Kemudian, pada Sabtu, kes positif turut meningkat kepada 26 kes sebelum melonjak kepada 49 kes pada Ahad.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#kuarantin
#Masjid Sri Petaling
#Noor Hisham Abdullah
#pemeriksaan
#perhimpunan
#Sabah
#saringan
#tabligh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan