Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir di Melaka semakin meningkat kepada 2,659 orang daripada 587 keluarga, sehingga 8 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata daripada jumlah itu, tujuh pusat penempatan banjir dibuka di Alor Gajah dan masing-masing tiga di Melaka Tengah dan Jasin.
"Jumlah mangsa banjir yang ditempat di pusat pemindahan di Alor Gajah adalah seramai 1,491 orang, pusat pemindahan di Melaka Tengah (1,078 orang) dan Jasin (90 orang)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata bagi Alor Gajah, mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam adalah seramai 552 orang,
Balai Raya Taman Seri Bayu (492 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan (328 orang), Sekolah Kebangsaaan Ganun (59 orang), Balai Raya Kampung Beringin (34 orang), Balai Raya Bukit Balai (18 orang) dan dan Balai Raya Bukit Tambun (8 orang).
Katanya bagi Melaka Tengah pula, seramai 875 orang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Masjidul Rahman Tanah Merah Kerubong (118 orang), dan Sekolah Kebangsaan Kerubong (85 orang).
Effendy berkata seramai 62 mangsa pula ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, Sekolah Kebangsaan Chohong (25 orang) dan Balai Raya Asahan (3 orang).
Beliau berkata JPAM dan beberapa pihak keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat dan anggota tentera memberikan bantuan bagi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan.
Sementara itu di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 671 orang daripada 166 keluarga pagi ini.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Kamal Mokhtar berkata setakat pukul 6 pagi ini, tujuh pusat pemindahan dibuka iaitu lima di daerah Tampin dan masing-masing satu di daerah Rembau serta Port Dickson.
Di Tampin, sejumlah 598 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (F) Sungai Kelamah; Masjid Sungai Dua (22 orang); Balai Raya Parit Buloh, Air Kuning (17 orang); Balai Raya Sungai Kelamah (tujuh orang) dan Sekolah Kebangsaan Ladang, Gemas (empat orang).
Selain itu, di Lubok Cina, Rembau (14 orang) dan Surau Kampung Nerambai, Port Dickson (sembilan orang), katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Malam tadi sejumlah 511 mangsa banjir daripada 116 keluarga berada di enam pusat pemindahan.
Bernama
Sun Feb 07 2016
Keadaan sebuah rumah di Kampung Pangkalan daerah Alor Gajah digenangi air akibat banjir kilat yang melanda beberapa kawasan semalam. - Gambar fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Banjir Melaka: Mangsa berkurangan kepada 304 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di SK Durian Tunggal kekal 13 orang daripada tiga keluarga manakala di SK Ayer Molek, jumlah mangsa berkurang kepada 89 orang.
Melaka pastikan projek tebatan banjir di Merlimau dilaksanakan tahun depan
Peruntukan RM36 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir itu telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2017, namun sehingga kini projek berkenaan masih belum dilaksanakan.
69 mangsa banjir dipindahkan di Melaka
Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Lubuk Kasau dan Kampung Hulu Duyung di Bemban, serta Kampung Parit Lampong dan Kampung Tanjung Laboh di Tehel.
Mangsa banjir kilat Melaka terus menurun, hanya tujuh PPS masih aktif
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata hanya tujuh buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih aktif.
Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 1,081 orang
Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 1,081 mangsa daripada 302 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 868 mangsa daripada 239 keluarga malam tadi.
Melaka dilanda banjir, dua pusat pemindahan dibuka
Setakat 8 pagi ini, seramai 32 orang penduduk melibatkan tujuh keluarga dari Kampung Air Panas Bemban dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SMK Seri Bemban.
Mangsa banjir Melaka terus meningkat
Dua pusat pemindahan yang baru dibuka ialah di Surau Solok Bukit Baru di daerah Melaka Tengah dan Balai Raya Kampung Sungai Jeram di daerah Alor Gajah.
Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 124 orang
Jumlah mangsa banjir kilat di Alor Gajah dekat sini meningkat kepada 124 orang setakat 11.30 pagi ini berbanding 103 orang, awal pagi tadi.
2,659 mangsa banjir dipindahkan di Melaka pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir di Melaka semakin meningkat kepada 2,659 orang daripada 587 keluarga, sehingga 8 pagi tadi.