announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

2 maut, kereta bertembung lori tangki

2 maut, kereta bertembung lori tangki
Ekoran pertembungan itu kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian. - Foto Astro AWANI
BESUT: Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki dalam kemalangan di Kampung Apal, di sini pagi tadi.

Nahas kira-kira jam 6.30 pagi itu mengorbankan pemandu Muhamad Aliff Asraf Adnan, 24, dan penumpang Thor Tick Young, 50, yang maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta Proton Perdana dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke Jerteh.

Bagaimanapun sejurus tiba di lokasi kejadian kereta yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Ekoran pertembungan itu kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut Superitendan Abdul Rozak Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tag: kemalangan, maut, kereta, Besut, bertembung lori, lori tangki



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.