awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 pekerja Freescale Semiconductor antara penumpang pesawat MH370

Bernama
Bernama
09/03/2014
05:06 MYT
20 pekerja Freescale Semiconductor antara penumpang pesawat MH370
Sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang dilapor hilang di Laut China Selatan awal pagi semalam. Dalam satu kenyataan di sini, syarikat yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat itu berkata pekerjanya terdiri daripada 12 warga Malaysia dan lapan dari China. Menurut syarikat, seluruh komuniti Freescale Semiconductor sedih dengan kejadian berkenaan dan akan terus memantau situasi serta memaklumkan sebarang perkembangan apabila memperolehnya. "Pada masa ini, kami memberi tumpuan kepada pekerja kami dan anggota keluarga mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Esekutif Freescale Gregg Lowe dalam kenyataan itu. "Doa kami untuk semua yang terlibat dalam kejadian tragik ini." Menurut kenyataan itu, syarikat telah meminta kaunselor dan profesional lain melalui Program Bantuan Pekerja Freescale, memberikan sokongan sepanjang masa kepada mereka yang terbabit dalam tragedi ini. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk dua bayi selain 12 anak kapal, dilapor hilang ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi Sabtu. Operasi mencari dan menyelamat kini dijalankan meliputi Laut China Selatan melibatkan agensi menyelamat dari Malaysia, Vietnam, Filipina, Singapura dan China.
Topic Berkaitan
#Beijing
#Freescale Semiconductor
#Laut China Selatan
#Malaysia Airlines
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan