Bermula dari blogging, Twitter, Instagram atau YouTube, mereka kini mula dikenali ramai dengan angka followers yang begitu tinggi.

Bukan itu sahaja, populariti yang dikecapi memberi laluan untuk menceburi industri yang menjadi pilihan. Personaliti seperti Hanis Zalikha dan Bobo menandatangani bersama syarikat talent management untuk berlakon filem. Personaliti seperti Mat Luthfi diiktiraf pada Anugerah DiGiWWWOW. Wak Doyok pula melancarkan jenama pakaian sendiri.

Mereka membuktikan bahawa platform media sosial mampu membawa impak bukan sahaja di dunia maya, tetapi dunia realiti juga. Berikut adalah 10 personaliti media sosial paling berpengaruh 2013 pilihan kami:

Hanis

Hanis Zalikha merupakan nama yang begitu popular sekali dalam arena media sosial Malaysia. Bermula sebagai blogger di inibelogsaya.blogspot.com dan peragawati untuk iklan komersil, tahun 2013 beliau tampil lebih serious dalam industri hiburan dengan mengikat kontrak sebagai artis naungan Astro pada bulan Mac.

Beliau kini pengacara musim kedua program perkahwinan Raikan Cinta. Ketika AF2013 berlangsung, beliau menjadi pengacara bersama untuk program TGIAF dan AF Buzz bersama Zizan Razak. Selain itu, heroin filem Gangster Celop itu juga sibuk dengan perniagaan kecantikan kulit jenama Toujours.



Mat Luthfi

Nama Mat Luthfi tidak perlu diperkenalkan lagi jika anda sering menonton video di YouTube! Akaun YouTube beliau youtube.com/matluthfi90 mempunyai 336,712 (dan kian meningkat!) subscribers. Video beliau boleh membuat penonton ‘pecah perut’ ketika menonton namun ia semua mempunyai mesej tersendiri. Antara video yang popular adalah “Parodi Forum Suara Mahasiswa" (1.42 juta views), "Drama-drama Sebelum Kahwin" (1.34 juta views), "Serta Paksa" (1.14 juga views). Pada anugerah DiGiWWWOW yang berlangsung pada tahun ini, beliau memenangi kategori ‘Fave Video of the Year’ dan anugerah keseluruhan ‘Best of the Best’.

Jinny Boy

Perjalanan karier Jinn Lim, atau lebih dikenali sebagai Jinnyboy, sebagai DJ radio dan bintang YouTube seiring. Setelah tujuh tahun berkhidmat untuk stesen radio Hitz.FM, kini beliau mengendalikan program ‘The hitz.fm Morning Crew’ yang merupakan program radio popular. Setelah selesai tugasan pagi sebagai DJ radio, Jinnyboy beralih kepada JinnyboyTV pula. Bermula dengan video 'Ah Wing - Malaysia's Number 1 Salesman', video-video beliau begitu mudah untuk mendapat ratusan ribu views dan akaun YouTube beliau juga mempunyai lebih kurang 326,926 subscribers dan terus meningkat.



Anas Alam

Pengasas bersama badan bantah TPPA Anas Alam Faizli menggunakan platform media sosial yang sedia ada untuk memberi maklumat dan analisis terkini tentang rundingan perjanjian transpasifik (TPPA). Hashtag #BantahTPPA merupakan antara hashtag yang popular mengenai topik berkenaan. Laman blog beliau, aafaizli.com, sering menjadi rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui tentang TPPA. Anas juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Teach for the Needs (TFTN). Beliau juga sering menjadi tetamu dalam program terbitan Astro AWANI seperti Analisis Awani dan Bisnes Awani.


Christopher Tock

Christopher Tock, atau lebih dikenali sebagai Spinzer, merupakan pengasas bersama EYE Project. Pada tahun ini, pengusaha sosial ini meneruskan beberapa projek yang melibatkan mahasiswa dan para graduan untuk memantapkan kemahiran mereka. Antara program beliau pada tahun ini adalah SEC (Student Engagement Center), Sparc Series dan Student Leadership Symposium. Beliau juga aktif sebagai pengasas dan pengarah Social Grooves, syarikat perundingan media sosial dan bertindak sebagai perunding media sosial untuk personaliti tanahair dan beberapa jenama.



Bobo

Dikenali kerana meniru aksi penyanyi Shae untuk lagi Sayang. Ada yang minat, namun ada juga yang tidak gemar dengan video parodi berkenaan. Yang pasti, video berkenaan telah mendapat perhatian David Teo. Pada bulan Mei, Bobo menandatangani kontrak bersama syarikat penerbit filem terkenal milik David Teo, Metrowealth International Group (MIG) untuk menjadi artis mereka. Bobo kini mempunyai akaun YouTube sendiri, youtube/OfficialBoboMY.


Pradeesh

Kepada mereka yang menggemar berita IT, blog prasys.info atau akaun Twitter @prasys tentu sekali menjadi pilihan. Bermula menulis blog untuk membantu mereka yang mungkin tidak mahir dalam teknologi, blog beliau terus memberikan tip-tip yang membantu.

Beliau juga mengendalikan beberapa projek seperti EmpireEFI dan Hackintosh (menggunakan MacOS X untuk komputer peribadi). Beliau juga merupakan moderator untuk forum Lowyat.net. Anda mempunyai masalah IT? Tweet sahaja kepada kepada @prasys!

Serge Norguard

Blogger Serge Norguard menjadi topik hangat pada bulan November apabila beliau dituduh sebagai pemilik blog dan akaun Instagram yang memuat naik gambar gadis bawah umur tanpa kebenaran mereka. Beliau dituduh mengambil gambar dari laman blog atau Facebook gadis-gadis berkenaan. Serge Norguard pula menafikan beliau merupakan pemilik blog dan Instagram berkenaan. Setelah seorang gadis menulis surat terbuka buat beliau, Serge Norguard tampil dengan satu blog. Beliau meminta maaf dan menafikan gambar-gambar itu diambil dari Facebook.



Wak Doyok

Untuk kategori fesyen dan grooming pula, siapa yang tidak kenal dengan Wak Doyok. Begitu popular di Instagram dimana penampilan dan stail beliau sering mencuri perhatian. Fashion taste beliau juga menjadi ilham kepada para jejaka yang meminati fesyen. Bermisai dan berjanggut tebal, gaya Wak Doyok mirip fesyen jejaka Inggeris era 60-an, dikenali sebagai Mods. Pada tahun ini, beliau memperkenalkan jenama The Garment yang menampilkan fesyen dan falsafah Mods. Dalam satu wawancara, beliau berkata bahawa teman beliau yang menggalakkan beliau untuk terbabit secara ‘mainstream’ dan bukan ‘underground’ seperti sebelum ini kerana mempunyai pengikut yang ramai.

Rotation Curation

Rotation Curation atau sistem dimana admin ditukar dalam beberapa minggu mula dipopularkan oleh akaun @Sweden dan di Malaysia juga, ada beberapa akaun ‘Rotation Curation’. Ia sebagai memberi perspektif yang berbeza dan peribadi. Antara yang popular adalah @twt_malaysia, @twt_filem dan @twt_backpacker.

Hafiz (@ChanHafiz) pernah menjadi admin akaun @twt_backpacker. Beliau mendapat respon positif dari pengikut @twt_backpacker kerana kisah-kisah dan tip-tip beliau ketika melancong. Kini beliau berkongsi tentang ‘Misi Kasih Sayang – Pengembaraan Keretapi dari Malaysia ke UK’ di blog chanhafiz.com.

Antara peminat beliau yang tweet:

Namun para admin juga tidak boleh memuaskan semua pihak.

Sebagai contoh, @amirhimself yang menjadi curator @twt_filem pada awal November bertukar pendapat tentang filem Ombak Rindu.



Admin @twt_malaysia juga pernah kena ‘bashing’.