awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 gerabak tren kargo tergelincir di Batu Gajah

Bernama
Bernama
28/10/2016
00:50 MYT
21 gerabak tren kargo tergelincir di Batu Gajah
Sebanyak 21 gerabak tren kargo, dua daripadanya lokomotif, tergelincir dari landasan di Kampung Bakap, Batu Gajah awal hari ini. - Foto Bernama
Perkhidmatan tren di laluan utara dan selatan mengalami gangguan ekoran insiden kegelinciran tren kargo di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di Stesen Batu Gajah dekat sini, awal hari ini.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini berkata kejadian pukul 3.15 pagi itu berlaku ketika tren kargo itu dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di sini untuk mengambil muatan simen.
"Dua lokomotif dan 25 gerabak kosong telah tergelincir dan menghalang kedua-dua landasan.
"Ini menyebabkan semua tren yang melalui laluan ini telah terhalang dan penumpang yang menggunakan beberapa perkhidmatan tren dari Kampar-Ipoh-Kampar akan dipindahkan menggunakan bas," menurut kenyataan itu.
[Video] Tren kargo KTM tergelincir dekat stesen Batu Gajah, Perak. Tiada kemalangan jiwa. pic.twitter.com/gVk5QojDIt
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 28, 2016
kejadian Tren kargo itu dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di Ipoh. - Foto Bernama
Kejadian pukul 3.15 pagi itu berlaku ketika tren kargo itu dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di Ipoh. - Foto Bernama
Maklumat mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan KTM Berhad memohon maaf di atas segala kesulitan.
Sementara itu, Ketua Zon Satu Balai Bomba dan Penyelamat Perak Mohd Khairul Jamil berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Dua orang pemandu tren itu tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun, mereka dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.
"Terdapat kebakaran kecil pada bahagian enjin gerabak dan anggota bomba hanya dibenar masuk ke lokasi setelah bekalan elektrik di kawasan itu ditutup," katanya.
Mohd Khairul berkata dua jentera dengan 16 anggota serta pegawai terlibat dalam operasi memadam kebakaran dan pengalihan gerabak. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Gajah
#Kampar
#KTMB
#Kuang
#Selangor
#tren kargo tergelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan