awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$125.53 bilion pada akhir Disember 2025 - BNM
Menjelang konsert mega, Ella fokus vokal, kesihatan dan rehat
Jemaah Menteri tidak campur tangan siasatan kes rasuah - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22 kawasan pulih daripada masalah air berbau - Air Selangor

Bernama
Bernama
05/10/2019
13:51 MYT
22 kawasan pulih daripada masalah air berbau - Air Selangor
Masih ada 11 kawasan yang terjejas dengan masalah air berbau. - Gambar hiasan
Sebanyak 22 daripada 33 kawasan yang terjejas akibat masalah air berbau kurang enak telah pulih sehingga jam 6 petang tadi.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan pada Sabtu berkata pemantauan, pemeriksaan, aktiviti pencucian kolam dan sistem agihan masih lagi diteruskan bagi memastikan semua kawasan yang terkesan dengan kes air berbau itu pulih sepenuhnya.
"Sehingga 6 petang tadi, 71 aduan baharu diterima dan tindakan sedang diambil bagi proses ujian pensampelan dan pencucian sistem perpaipan di kawasan dan premis aduan.
"Pelanggan di kawasan yang telah menjalani proses pencucian dinasihatkan menghubungi kami sekiranya masih lagi mengalami bekalan air berbau," katanya.
Sebelas kawasan yang masih terjejas adalah di Puchong Prima, Seri Kembangan dan Saujana Puchong di Wilayah Petaling; Bukit Puchong, Bukit Puchong II, Seri Kembangan, Kota Warisan, Salak Tinggi dan Taman Mawar BB Salak Tinggi di wilayah Sepang; Bangi Seksyen 3 di wilayah Hulu Langat dan Saujana Putra, Kuala Langat.
Katanya, Air Selangor akan terus memberi makluman dan status terkini dari semasa ke semasa dan pelanggan boleh menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919/019-2816793 bagi sebarang bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air berbau
#Air Selangor
#bekalan air
#gangguan air
#pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan