Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu hampir 80 peratus iaitu sebanyak 224 dokumen berkaitan kes bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang didakwa atas enam tuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM6,636,065,000, telah diserahkan kepada pihak pembelaan.
Perkara itu dimaklumkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan pada prosiding sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Azman Ahmad.
Sri Ram berkata pihak pendakwaan akan menyerahkan baki dokumen berkaitan kes itu yang akan digunakan untuk perbicaraan secepat mungkin.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihak pembelaan telah memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan pengurusan kes tersebut telah ditetapkan pada 30 Nov, pukul 9 pagi di hadapan Timbalan Pendaftar Nurliana Ismail.
Hakim Azman menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes. Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib dan Datuk K. Kumaraendran serta Datuk Geethan Ram Vincent bertindak bagi pihak Mohd Irwan Serigar.
Pada 25 Okt lepas, Najib, 65, dan Mohd Irwan Serigar, 61, mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia masing-masing dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu sejumlah RM1.2 bilion milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.
Mengikut pertuduhan kedua, Najib dan Mohd Irwan Serigar didakwa bersama-sama atas jawatan sama yang telah diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut.
Bagi pertuduhan ketiga mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa telah melakukan pecah amanah iaitu sejumlah RM220 juta, peruntukan di bawah "Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB)" milik Kerajaan Malaysia.
Kedua-dua tertuduh juga didakwa bersama-sama atas jawatan sama telah melakukan pecah amanah sejumlah RM1.3 bilion, peruntukan di bawah "Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai", milik Kerajaan Malaysia.
Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa melakukan pecah amanah sejumlah CNY1,950,000,000 (bernilai RM1,261,065,000) dan RM2 bilion milik Kerajaan Malaysia.
Najib dan Mohd Irwan Serigar dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia,Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 21 Dis 2016 bagi pertuduhan pertama dan kedua, pada 3 Ogos 2017 pertuduhan ketiga manakala pertuduhan keempat hingga keenam pada 10 Ogos 2017, 23 Ogos 2017 dan 18 Dis 2017.
Mereka didakwa mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 29 2018
Pada 25 Okt lepas, Najib (kiri) dan Mohd Irwan Serigar mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah. - Gambar fail
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Nahas helikopter: CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pusat berkenaan mula diaktifkan pada pukul 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
Rumah nenek jadi stor dadah
Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu.
Nahas helikopter: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Nahas helikopter: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Lembaga Siasatan akan mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Irwan Serigar dan Arul Kanda untuk membatalkan saman oleh 1MDB.
Kes pecah amanah Najib, Irwan: Pendakwaan mohon tangguh bicara
Pihak pendakwaan dalam kes pecah amanah dihadapi Najib dan Mohd Irwan membabitkan IPIC, memohon perbicaraan kes hari ini ditangguhkan kerana terdapat perkembangan baharu.
Irwan akui terima elaun RM500,000 daripada 1MDB
Irwan turut menerima elaun ahli lembaga penasihat 1MDB sebanyak RM25,000 setiap bulan secara konsisten bermula 26 Ogos 2013 sehingga 2015.
Permohonan Irwan Serigar batal saman 1MDB tuntut AS$6.59 bilion didengar 1 Julai
Permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh.
Kes pecah amanah RM6.6 bil Najib dan Irwan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Kes pecah amanah RM6.6 bil Najib dan Irwan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Rumah Irwan Serigar digeledah
Kediaman bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dipercayai digeledah petang tadi.
Najib, Irwan Serigar, Hasanah didakwa kes pecah amanah esok - SPRM
SPRM mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa atas kes pecah amanah melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia di Mahkamah Seysen Kuala Lumpur esok pada jam 7.30 pagi.
Irwan Serigar bukan lagi pengarah BNM
Mohd Irwan hilang jawatan tersebut sebaik sahaja beliau berhenti memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
'Kedudukan kewangan negara masih kukuh' - Irwan Serigar
Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar berkata kedudukan kewangan mencukupi adalah asas yang membolehkan kerajaan laksanakan pelbagai projek.
Negara rugi RM45 bilion jika mansuh GST - Irwan
Pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan menyebabkan kerugian sebanyak RM45 bilion kepada pendapatan negara.