Kementerian Sumber Manusia memberi tempoh sebulan sehingga 30 Jun ini untuk majikan supaya mencarum 1% daripada Levi Pembangunan Sumber Manusia kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
Menterinya, M.Kulasegaran berkata, kegagalan majikan yang layak berbuat demikian sebelum tempoh senggang diberikan itu akan menyebabkan mereka berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 13(1) Akta PSMB 2001.
Berdasarkan Bancian Pertubuhan 2011, dianggarkan 45,750 majikan layak mencarum, tetapi sehingga April tahun ini 23,072 daripadanya masih belum berbuat demikian.
“Bermula 1 Julai, mereka yang melakukan kesalahan di bawah akta ini layak didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
”Mengheret majikan ke mahkamah merupakan pilihan terakhir. Mana-mana majikan yang berdepan kesulitan boleh terus hubungi PSMB untuk khidmat nasihat yang akan membantu dalam proses pencaruman, kami mahu 'win-win situation' antara kedua-dua pihak," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama beliau bersama ahli lembaga pengarah PSMB hari ini.
Bagaimanapun mana-mana majikan yang berdepan kesulitan dalam hal ini boleh terus menghubungi PSMB untuk khidmat nasihat yang akan membantu dalam proses pencaruman itu.
Majikan boleh membuat bayaran secara tunai, cek tempatan, draf bank, wang pos atau kiriman wang.
Levi Pembangunan Sumber Manusia Berhad merupakan pembayaran caruman mandatori yang dikenakan oleh kerajaan kepada kumpulan majikan tertentu untuk melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja.
Di bawah Akta PSMB, majikan di bawah kategori tertentu bertanggungjawab untuk membayar levi berkenaan untuk setiap pekerja pada kadar satu peratus daripada gaji bulanan pekerja.
Kriteria mandatori yang melayakkan majikan untuk mencarum adalah memiliki 10 orang atau lebih pekerja tempatan dalam bidang pembuatan, perlombongan dan kuari, serta 38 sub-sektor perkhidmatan.
Antara sub-sektor perkhidmatan itu adalah perhotelan, pengangkutan udara, agensi pelancongan, telekomunikasi, periklanan serta pembuatan filem dan wayang gambar.
Jelas Kulasegaran, dana tersebut penting untuk melatih para pekerja terlibat memandangkan mereka dalam bidang yang berisiko dan memerlukan kemahiran yang tinggi yang bersesuaian di tempat kerja.
Katanya, objektif kementerian dan PSMB sangat jelas iaitu untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sekaligus meningkatkan produktiviti, kebolehpasaran di samping memastikan pekerja tempatan kekal relevan.
"Di Korea dan Jepun, majikan mengambil serius hal ini untuk memastikan pekerja mereka dilatih secukupnya dengan kemahiran industri yang dikehendaki pasaran semasa.
"Sementara di negara ini walaupun PSMB sudah ditubuhkan sejak 1993, namun sehingga kini tidak ada penyertaan aktif daripada majikan. Saya juga hairan akta yang ditubuhkan sejak 2001 gagal dikuat kuasakan sebaiknya.
Sehingga kini, sejumlah 3,650 penyedia latihan berdaftar dengan PSMB.
Israr Khalid
Tue Jun 05 2018
Jelas Kulasegaran, dana tersebut penting untuk melatih para pekerja terlibat memandangkan mereka dalam bidang yang berisiko dan memerlukan kemahiran yang tinggi yang bersesuaian di tempat kerja. - Gambar fail
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian sedar pampasan upah yang lebih baik berkait rapat dengan keberhasilan yang lebih tinggi.
Kerajaan lancar Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan
Kerangka Dasar itu akan mengandungi tiga Teras, 11 Strategi, 48 Prakarsa, lima Pemacu Perubahan dan dua Pemangkin Dasar.
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Gaji Premium TVET : Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan TVET yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium.
KESUMA beri khidmat rundingan kepada syarikat mahu laksana aturan kerja anjal
KESUMA menerusi TalentCorp sedia memberikan khidmat rundingan kepada majikan dan syarikat yang berminat melaksanakan aturan kerja anjal.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara diumum Mei ini - Sim
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menangani kesenjangan yang wujud dalam dasar sumber manusia sedia ada.
Kesuma, UM jalankan kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Kesuma bersama Universiti Malaya sedang menjalankan kajian bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
Kedah Agro Holdings tidak bayar gaji sejak September 2023 - Steven Sim
JTKM telah menghantar notis kepada Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) berikutan tunggakan gaji melibatkan 24 pekerjanya yang tular di laman X baru-baru ini.