Seramai 238 individu ditahan polis dalam satu serbuan di hutan Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor pada petang Selasa setelah didapati membina petempatan sementara di kawasan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, jumlah itu merangkumi individu dalam kalangan dewasa, kanak-kanak dan juga bayi daripada kumpulan yang dikenali sebagai Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN).
"Hasil pemeriksaan kita dapati kawasan tersebut merupakan hutan yang baru diteroka dan mereka bina petempatan sementara.
"Mereka pasang khemah, dan jalankan semua aktiviti termasuk mandi, masak dan semuanya di situ," katanya ketika sidang media di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada malam Selasa.
Menurut Fadzil, serbuan dibuat sebaik sahaja menerima maklumat berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan itu pada jam 5 petang Selasa.
Difahamkan, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 76 lelaki, wanita (77) dan kanak-kanak serta bayi (85) yang berasal dari pelbagai negeri antaranya Kelantan, Pahang, dan Perak.
Tambah Fadzil, buat masa ini polis akan melakukan siasatan lanjut berhubung tujuan mereka membuat petempatan tersebut.
"Kita kumpulkan mereka di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor untuk dokumentasi dan siasatan lanjut.
"Kita juga dah lakukan saringan terhadap mereka yang ditahan dengan kerjasama pihak KKM dan juga JKM," katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Peraturan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988.
Hilmi Malik
Tue Apr 28 2020
Petempatan sementara di hutan Ulu Rening yang menempatkan 238 penghuni. -PDRM
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
154 individu di penempatan sementara didenda RM600
Mahkamah setuju kenakan kadar denda minimum selepas mendengar hujahan Peguambela, Amy Zairy Rahmat yang memaklumkan penempatan tersebut adalah sah.
238 ditahan bina petempatan sementara di hutan Ulu Rening
Serbuan dibuat sebaik sahaja menerima maklumat berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan itu pada jam 5 petang Selasa.