Kerajaan akan mengagihkan 24.62 juta topeng muka secara percuma kepada setiap isi rumah di negara ini seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, topeng-topeng muka itu telah diedarkan ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah untuk digihkan kepada setiap isi rumah.

"Kerajaan akan mengagihkan secara percuma empat keping topeng muka bagi setiap isi rumah seluruh negara seperti yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sebanyak 24.62 juta topeng muka sedang dalam proses pengedaran oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysai (APAM) yang diedarkan ke Majlis Keselamatan Negeri dan seterusnya diedar daerah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan diagihkan rumah ke rumah melalui petugas barisan hadapan," katanya.

Berhubung proses penghantaran ke Sabah dan Sarawak pula, beliau berkata, akan digerakkan menggunakan penerbangan khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Jumaat ini,

Topeng-topeng muka itu dibeli oleh kerajaan untuk diedarkan kepada rakyat.