awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25 premis makanan kotor di Negeri Sembilan diarah tutup

Bernama
Bernama
26/06/2018
12:00 MYT
25 premis makanan kotor di Negeri Sembilan diarah tutup
Jabatan Kesihatan negeri sentiasa mengadakan kempen dan pemeriksaan keselamatan makanan untuk memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah selamat. - Gambar hiasan
Sejak Januari sehingga 17 Jun tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah mengarahkan 25 premis makanan di Negeri Sembilan ditutup dua minggu kerana didapati kotor, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.
Beliau berkata selain itu, sebanyak 250 notis kompaun bernilai RM67,250 turut dikeluarkan dalam pemeriksaan ke atas 3,762 daripada 9,346 premis makanan yang terdapat di negeri ini bagi tempoh itu.
"Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan itu termasuk premis makanan 24 jam berikutan premis kotor telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak", katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen 'Health in Learning Institution' (HePiLI) Kelab Doktor Muda 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.
Katanya notis itu dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bagi kesalahan antaranya tidak mendaftarkan premis makanan di bawah Kementerian Kesihatan, pengendali makanan tiada sijil latihan pengendali makanan, pengendali makanan tiada suntikan anti-typhoid dan pengendali makanan tidak menjaga kebersihan diri.
"Jabatan Kesihatan negeri sentiasa mengadakan kempen dan pemeriksaan keselamatan makanan untuk memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah selamat, manakala pengendali makanan pula hendaklah sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa menyediakan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#arah
#Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
#kotor
#premis makanan
#S Veerapan
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan