awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 individu dikompaun gagal pakai pelitup muka

Bernama
Bernama
01/08/2020
21:57 MYT
26 individu dikompaun gagal pakai pelitup muka
Operasi pematuhan pemakaian pelitup muka di tempat awam dijalankan Polis Kota Tinggi di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai dekat Johor Bahru, 1 Ogos, 2020. --fotoBERNAMA
Sebanyak 26 kompaun dikeluarkan terhadap orang awam di Kota Tinggi kerana gagal memakai pelitup muka yang diwajibkan oleh kerajaan bermula Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kompaun itu dikeluarkan susulan operasi dijalankan di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai dekat sini.
"Kesemua mereka didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.
"Mereka telah dimaklumkan mengenai kesalahan itu dan kompaun bernilai RM1,000 diberikan mengikut Perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(No 7) 2020," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Menurut Hussin, polis memberi amaran keras malah tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar SOP berkenaan.
BACA: 31 kompaun langgar SOP PKPP dikeluarkan di Port Dickson
Pemakaian pelitup separuh muka adalah diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos berikutan kerajaan menyedari terdapat trend peningkatan jangkitan kes COVID-19 dalam kalangan rakyat, selain berkurangnya pematuhan orang awam terhadap SOP ditetapkan.
Keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka itu diumumkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri pada 23 Julai lepas.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran keras
#Batu Layar
#Bayu Damai
#COVID-19
#Hussin Zamora
#kesalahan
#kompaun
#Kota Tinggi
#Pantai
#pelitup muka
#pematuhan
#polis
#protokol
#SOP
#tempat awam
#tiada kompromi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan