Sebanyak 270,000 peluang pekerjaan baharu berjaya diwujudkan dalam tempoh hanya lapan bulan selepas Pakatan Harapan (PH) memerintah, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata jumlah berkenaan melebihi sasaran awal kerajaan yang menganggarkan hanya dapat mewujudkan sekitar 240,000 peluang pekerjaan dalam tempoh setahun.
"Ini berdasarkan kepada data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, sasaran itu dicapai bagi tempoh Julai 2018 sehingga Februari 2019," katanya pada sesi soal jawab lisan, di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Sabani Mat yang mahu tahu tindakan diambil kerajaan bagi merealisasikan manifesto PH dalam mewujudkan satu juta peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, Mahfuz berkata cabaran kerajaan hari ini bukan hanya daripada segi mencapai kuantiti yang disasarkan tetapi mewujudkan pekerjaan berkualiti dan berkemahiran yang boleh menawarkan gaji lebih tinggi.
"Ini yang harus kita lihat, kalau tidak nanti peluang pekerjaan itu akan diisi oleh rakyat asing. Sebab itu kerajaan sentiasa membuat galakan ke arah penghasilan 'high value job' ataupun 'knowledge workers' yang bertepatan dengan kelayakan kemahiran," katanya.
Mahfuz berkata kerajaan juga yakin sasaran satu juta pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan dicapai melihat kepada prestasi semasa.
Beliau berkata kerajaan turut mengalakkan majikan menyerap perkerja latihan industri di organisasi masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2019
Mahfuz menjawab soalan Senator Sabani Mat yang mahu tahu tindakan diambil kerajaan bagi merealisasikan manifesto PH dalam mewujudkan satu juta peluang pekerjaan. - Gambar fail
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah PETRA hari ini
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Sejumlah 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' dilaksana sejak Januari - Teo
Sebanyak 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' (IOW) di 7,781 lokasi dilaksanakan Jabatan Penerangan (JaPen) dari awal Januari hingga 3 Mac.
Dewan Negara lulus pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Mangsa sindiket penipuan pekerjaan disoal siasat - Mohamad
Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya dalang.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023
Beliau berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.