awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM dedah sehingga 3,000 kontena e-waste diseludup masuk, siasatan diperhebat
WEF 2026: Kanada bantah keras tarif AS berkaitan isu Greenland
Ops Heart: SPRM periksa, geledah pejabat dan kediaman pengurusan tertinggi IJM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 mayat nahas bas dituntut anggota keluarga setakat ini

Bernama
Bernama
24/08/2013
04:32 MYT
28 mayat nahas bas dituntut anggota keluarga setakat ini
Sebanyak 28 mayat mangsa tragedi bas yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands telah dituntut sehingga kini oleh anggota keluarga masing-masing.
Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL), tinggal sembilan lagi mayat yang belum dituntut termasuk dua yang masih gagal dikenal pasti.
Petang semalam, HKL menyatakan dua mayat iaitu seorang lelaki mirip Cina dan seorang wanita dipercayai berbangsa Afrika masih gagal dikenali atau dicam mana-mana pihak.
HKL setakat semalam juga telah mengeluarkan senarai 35 daripada 37 nama mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu.
Nahas bas yang terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Km3.5 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada Rabu lepas itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu manakala 16 lagi cedera.
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#mangsa tragedi bas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan