Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

287 Pati, 28 tekong ditahan cuba bolos sempadan negara

287 Pati, 28 tekong ditahan cuba bolos sempadan negara
Pihak berkuasa turut mengusir 29 Pati dan tiga tekong yang cuba memasuki sempadan negara. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seramai 287 pendatang tanpa izin (Pati) dan 28 tekong ditahan pihak berkuasa dalam Operasi Benteng di beberapa kawasan sempadan di seluruh negara.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesemua mereka ditahan ketika cuba membolosi sempadan negara secara haram melalui lorong tikus.
"Operasi Benteng yang dianggotai agensi-agensi penguatkuasa sempadan seperti Polis Diraja Malaysia *PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM),Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menangkap 287 PATI dan 28 tekong atas percubaan memasuki negara secara haram.

"Mereka yang ditahan telah mencuba membolosi kawasan sempadan negara di Pantai Barat Semenanjung,kawasan sempadan Utara Malaysia-Thailand,kawasan sempadan Sarawak-Indonesia dan Pantai Timur Sabah," katanya dalam sidang media harian, di sini hari ini.
Beliau berkata, seramai 29 Pati dan tiga tekong yang cuba memasuki sempadan negara turut diusir pihak berkuasa.

Tegas Ismail Sabri, tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang cuba menceroboh sempadan negara.



Tag: PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, APMM, Menteri Kanan Keselamatan, Ceroboh, Sempadan negara, Pantai Timur, Thailand, Sabah, Sarawak, Keselamatan, Imigresen, undang-undang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.