awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

291 harga barang turun selepas pelaksanaan SST

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/10/2018
06:37 MYT
291 harga barang turun selepas pelaksanaan SST
Kementerian menjangkakan harga barangan akan menunjukkan perubahan lebih ketara apabila stok yang dikeluarkan mulai bulan September berada di pasaran. - Gambar fail
Sejumlah 291 barangan mencatatkan penurunan harga sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 September lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata ia merangkumi 70 peratus daripada daripada 417 barangan yang disemak harga berdasarkan perbandingan harga purata antara bulan Mei 2018 dan September 2018
Bagaimanapun, 115 barangan atau 27 peratus dilihat mengalami kenaikan purata manakala baki tiga peratus atau 11 barangan tiada perubahan harga.
“Memandangkan SST dikenakan diperingkat pengeluar, impak Cukai Jualan masih belum ketara pada harga barangan keperluan pengguna semasa awal pelaksanaannya.
“Kementerian menjangkakan harga barangan akan menunjukkan perubahan lebih ketara apabila stok yang dikeluarkan mulai bulan September berada di pasaran.
“Kementerian akan terus memantau pergerakan harga barangan keperluan pengguna di pasaran bagi memastikan harga yang dikenakan adalah berpatutan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) yang bertanyakan mengapa harga jualan barang rata-rata masih tinggi dan tidak turun selepas sistem percukaian bertukar.
Mengikut statistik yang dikeluarkan, 291 barangan yang mencatatkan penurunan adalah terdiri dari barangan berbungkus, tin, pek dan botol (120 barangan); barangan segar (70 brangan); makanan dan barangan bayi (43 barangan); selain barangan kebersihan, minuman, kering yang masing-masing dengan julat penurunan antara 0.11 peratus hingga 37.61 peratus.
Topic Berkaitan
#Chong Chieng Jen
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan
#harga barang
#SST
#turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan