30 Julai cuti am sempena pertabalan Agong

Saraya Mia
Jun 28, 2019 02:40 MYT
Perkara ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Perlepasan Am 1951, Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan mengumumkan hari Selasa, 30 Julai 2019 diisytihar sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenyataan rasmi telah dimuat naik Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar ke laman Instagram peribadinya, hari ini.
“Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada Selasa, 30 Julai 2019,” kata Ismail dalam kenyataan itu.
Perkara ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Perlepasan Am 1951, Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil mengikut undang-undang negeri masing-masing.
#cuti #cuti umum #Datuk Seri Ismail Bakar #Instagram #kerajaan #ketua setiausaha negara #Malaysia #Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Yang di-Pertuan Agong