awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 kertas siasatan berkaitan isu perkauman dibuka sejak Mei 2018

Bernama
Bernama
09/10/2019
15:58 MYT
30 kertas siasatan berkaitan isu perkauman dibuka sejak Mei 2018
Muhyiddin berkata PDRM turut menjalankan pemantauan terhadap penyebaran mesej-mesej jelik yang disiarkan melalui media sosial. - Gambar fail/BERNAMA
Sebanyak 30 kertas siasatan yang menyentuh isu perkauman telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Mei 2018 hingga 15 Sept lalu, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata daripada jumlah itu, dua kes telah dituduh di mahkamah dan masih di dalam perbicaraan.
"Sepuluh kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (NFA) manakala baki 18 kes masih dalam siasatan oleh pihak polis," katanya dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) yang ingin tahu bilangan individu yang telah didakwa di mahkamah kerana menyebarkan mesej-mesej jelik perkauman sejak Mei 2018 dan jenis hukuman yang dikenakan.
Muhyiddin berkata PDRM turut menjalankan pemantauan terhadap penyebaran mesej-mesej jelik yang disiarkan melalui media sosial dan tindakan sewajarnya menurut undang-undang diambil bagi memastikan keharmonian antara kaum dapat terus dipelihara.
"Sebarang isu yang melibatkan sentimen perkauman akan ditangani dengan mengambil kira kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam secara menyeluruh berlandaskan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
"Siasatan yang dijalankan oleh PDRM juga akan dilaksanakan secara teliti bagi memastikan tindakan yang diambil dapat meredakan sentimen kebencian antara kaum dan agama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Azman Ismail
#isu perkauman
#Muhyiddin Yassin
#NFA
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Tiada Tindakan Lanjut
#Timbalan Pendakwa Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan