awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

31,796 peralatan judi dalam talian bernilai RM25.4 juta dirampas - Polis Selangor

Bernama
Bernama
10/09/2015
16:43 MYT
31,796 peralatan judi dalam talian bernilai RM25.4 juta dirampas - Polis Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat (kanan) berkata, dalam tempoh sama, polis turut menahan 3,381 individu berhubung kegiatan berkenaan. - Foto BERNAMA
Polis merampas 31,796 peralatan judi dalam talian yang dianggarkan bernilai RM25.4 juta di sekitar Selangor dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam tempoh sama, polis turut menahan 3,381 individu berhubung kegiatan berkenaan. Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, polis melakukan 3,016 serbuan di beberapa kawasan antaranya Subang Jaya, Serdang, Sungai Buloh dan lain-lain. "Polis berjaya merampas peralatan yang digunakan untuk judi dalam talian seperti komputer, komputer riba, tablet dan telefon bimbit serta lain-lain. "Ini membuktikan polis sentiasa komited untuk membanteras kegiatan ini dan mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab," kata Abdul Samah. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Mesin Judi di Balai Polis Ara Damansara di sini, pada Khamis. Dalam perkembangan lain, Abdul Samah berkata, satu undang-undang khusus yang lebih tegas perlu digubal oleh kerajaan bagi memastikan kegiatan judi dalam talian dapat dibasmi secara keseluruhan.
Topic Berkaitan
#Abdul Samah Mat
#jenayah
#judi dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan