awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden kemalangan tren di Sepanyol - Wisma Putra
Enam projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi lewat setakat Dis 2025 - Fadillah
Ringgit dijangka meningkat kepada 3.94 berbanding dolar AS menjelang akhir 2026 - AmBank
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 rumah atas air terbakar di Sandakan

Radhi Muslim
Radhi Muslim
20/11/2019
03:15 MYT
35 rumah atas air terbakar di Sandakan
Operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.19 pagi dan pemeriksaan mendapati sebanyak 35 buah rumah jenis tidak kekal musnah terbakar sepenuhnya. - Foto JBPM Sabah
Sebanyak 35 buah rumah atas air di Kampung Bugaya, dekat Batu Sapi, di sini, musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah malam tadi.
Ketua Zon Enam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Anddre Andrew berkata, keluasan kebakaran membabitkan lebih 6,070 meter persegi.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam, lalu bergegas ke lokasi bersama 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, menggunakan tiga jentera penyelamat.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, iaitu kira-kira 22 kilometer dari BBP Sandakan, api didapati sedang marak lalu usaha pemadaman segera dijalankan.
Foto JBPM Sabah
Foto JBPM Sabah
“Pada jam 5.19 pagi, operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya dan pemeriksaan mendapati sebanyak 35 buah rumah jenis tidak kekal musnah terbakar sepenuhnya.
“Namun, punca kejadian sebenar masih dalam siasatan. Kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa,” kata Anddre dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, seorang lelaki yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas tidak sedarkan diri selepas mengalami sesak nafas ketika kejadian, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Topic Berkaitan
#Anddre Andrew
#bomba
#JBPM Sabah
#Kampung Bugaya
#kebakaran
#RELA
#rumah atas air
#Sandakan
#sesak nafas
#tidak sedarkan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan