awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

362 rumah dilanda ribut di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/04/2020
07:59 MYT
362 rumah dilanda ribut di Ipoh
Menara Masjid Al-Amaniah At-Taiyyibah, Kampung Seri Klebang yang tumbang dalam kejadian ribut di Ipoh pada petang Sabtu. Gambar SINAR HARIAN
Bilangan rumah yang terjejas ekoran hujan lebat berserta ribut di beberapa kampung dan kawasan perumahan di sekitar Ipoh pada Sabtu, meningkat kepada 362 buah.
Sebanyak 91 buah rumah rosak di Kampung Sri Klebang, 86 di RPT Chepor Dalam: 65 di Taman Bertuah dan 120 buah rumah lagi di Taman Klebang Jaya.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kinta, Halizah Sipun berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan teruk di bahagian atap dan Yayasan Perak diberi tanggungjawab untuk memperbaikinya dengan segera.
"Insya-Allah selepas selesai pelantikan kontraktor, Yayasan Perak akan mula membuat kerja-kerja pembaikan di atas rumah-rumah yang terkesan.
"Manakala Pejabat Daerah (pula) akan memberi bantuan wang ehsan bencana kepada semua yang terlibat tapi untuk memberi bantuan tersebut," kata Halizah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Gelandangan Sementara di Arena Badminton Ipoh pada Ahad.
Pada Sabtu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang melawat lokasi yang terlibat menganggarkan lebih 100 rumah terjejas teruk dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 6.30 petang.
Kerja-kerja baik pulih rumah yang terjejas dijangka dimulakan minggu hadapan selepas pihak Yayasan Perak membuat penilaian dan melantik kontraktor.
BACA: 100 rumah di Ipoh rosak akibat ribut
Topic Berkaitan
#angin kencang
#Chepor Dalam
#Ipoh
#Kampung Sri Klebang
#Perak
#ribut
#rumah rosak
#Taman Klebang Jaya
#Yayasan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan