awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

38 individu diminta tampil bantu siasatan kes rusuhan kuil

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/12/2018
12:32 MYT
38 individu diminta tampil bantu siasatan kes rusuhan kuil
Individu-individu berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan. -Foto PDRM/Sinar Harian
Polis sedang giat memburu 38 lagi individu bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya November lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kesemua individu berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu terbabit diminta menghubungi pihak polis.
Mereka boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, DSP GK Shan Gopal (019-2714387); ASP Siasatan Perundangan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ASP S Neeraj Durai (016-3565622); atau Inspektor (D13) Siasatan Databank DNA JSJ IPK Selangor, Insp Norsiah Hussin (012-7989973) atau mana-mana balai polis berhampiran.
Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, parah akibat dipukul bebarapa individu ketika menjalankan tugas ketika rusuhan di kuil berkenaan.
Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam Isnin.
Kes diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.
Topic Berkaitan
#Jabatan Siasatan Jenayah
#kuil sri maha mariamman
#PDRM
#rusuhan kuil
#Wan Ahmad Najmuddin Mohd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan