awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

381 penagih, pengedar dadah ditahan menerusi Op Icebreaker di Johor

Bernama
Bernama
30/07/2019
20:55 MYT
381 penagih, pengedar dadah ditahan menerusi Op Icebreaker di Johor
Polis berkata kesemua yang ditahan berumur antara 25 dan 50 tahun itu didapati terlibat dalam pelbagai kesalahan iaitu membekal, memiliki dan positif terhadap dadah. - Gambar hiasan
Polis menahan 381 individu di seluruh Johor pada Selasa, menerusi Op Icebreaker yang bertujuan melumpuhkan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata kesemua mereka ditahan menerusi operasi mulai jam 12 malam, yang dilancarkan serentak di seluruh negara oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.
"JSJN Johor yang dibantu Pasukan Polis Marin, Unit Anjing Pengesan (K9) dan daerah-daerah di bawah kontinjen Johor melibatkan seramai 340 pegawai dan anggota berjaya menahan 381 orang termasuk 12 orang ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985," katanya menerusi kenyataan di sini malam tadi.
Mohd Kamarudin berkata tumpuan operasi itu adalah terhadap pengedar dan penagih dadah tegar di kawasan yang menjadi sarang penagihan dadah.
Beliau berkata kesemua yang ditahan berumur antara 25 dan 50 tahun itu didapati terlibat dalam pelbagai kesalahan iaitu membekal, memiliki dan positif terhadap dadah.
Mohd Kamarudin berkata selain penahanan mereka, polis turut merampas 181.62 gram heroin, 28.45 gram syabu, 1.7 kilogram daun ketum serta seliter air ketum.
"Operasi ini adalah secara berterusan sehingga operasi berakhir dan mereka yang ditahan itu akan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Menurut Mohd Kamarudin, kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada polis amat penting dalam usaha melumpuhkan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah dengan menghubungi talian hotline JSJN di 012-2087222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#daun ketum
#Hotline
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
#JSJN Bukit Aman
#kegiatan penagihan
#Mohd Kamarudin Md Din
#Op Icebreaker
#operasi
#pengedaran dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan