awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

396 penumpang AirAsia KL-Tawau diminta tampil segera, 6 sudah dijangkiti COVID-19

Petrus Bernard
Petrus Bernard
13/05/2020
11:50 MYT
396 penumpang AirAsia KL-Tawau diminta tampil segera, 6 sudah dijangkiti COVID-19
Sehingga tengah hari Rabu pihaknya telah menjalankan ujian saringan kesihatan kepada 31 orang awam dan 8 pelajar universiti yang tampil. - Foto Astro AWANI
Seramai 396 penumpang pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua penerbangan berasingan diminta tampil untuk menjalani saringan kesihatan kedua dengan segera.
Pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) kawasan Tawau, Dr. Suzalinna Sulaiman berkata, ini kerana daripada kesemua penumpang kedua-dua penerbangan berasingan itu, enam daripadanya didapati positif COVID-19.
"Bagi penerbangan Air Asia AK5742 pada 1hb Mei 2020 ada 156 orang penumpang semuanya dan empat didapati positif dan selebihnya 152 kita minta tampil untuk menjalani saringan kesihatan yang kedua termasuk 8 pelajar dan 144 orang awam. Mereka semua ini ada di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu," katanya di sini hari ini.
Bagi penerbangan kedua pula pada 4hb Mei 2020 melalui pesawat Air Asia AK5740 yang membawa 246 penumpang, dua daripadanya turut didapati positif COVID-19.
"Daripada jumlah itu seramai 64 adalah pelajar universiti dan 160 adalah orang awam dan melalui data mereka juga berada di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan juga Semporna. Jadi melalui kedua-dua penerbangan ini enam didapati positif termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun," katanya lagi.
Menurut Dr. Suzalinna, sehingga tengah hari Rabu pihaknya telah menjalankan ujian saringan kesihatan kepada 31 orang awam dan 8 pelajar universiti yang tampil dan merupakan penumpang kepada kedua-dua penerbangan tersebut.
"Kita mengharapkan kerjasama daripada jumlah kesemua 396 penumpang tersebut supaya segera tampil menjalani ujian saringan kesihatan yang kedua memandangkan laporan yang diterima bagi kedua-dua penerbangan tersebut tidak mengamalkan penjarakan sosial dan itu akan menyebabkan risiko jangkitan yang amat tinggi walaupun mereka memakai pelitup," katanya lagi.
Untuk rekod sehingga Selasa, negeri Sabah telah mencatatkan satu kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kepada 328 kes, manakala 293 kes telah sembuh dan 31 kes lagi masih menerima rawatan di wad isolasi di hospital sekitar negeri ini.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Asia
#coronavirus
#COVID-19
#koronavirus
#Lahad Datu
#Malaysia
#penerbangan
#pesawat
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan