awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,000 remaja bawah 18 tahun hamil setahun

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/10/2018
07:05 MYT
4,000 remaja bawah 18 tahun hamil setahun
Statistik dari tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan sebanyak 79,302 kes remaja perempuan hamil bawah 18 tahun telah dialporkan. - Gambar hiasan
Dianggarkan secara purata, 4,000 remaja perempuan hamil bawah 18 tahun dilaporkan setiap tahun berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memetik statistik berkenaan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata dari tahun 2012 hingga 2016, sebanyak 79,302 kes remaja perempuan hamil bawah 18 tahun telah dilaporkan.
“Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia 5 yang dijalankan oleh LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) pada tahun 2015 turut mendapati pengetahuan mengenai aspek sesksualiti dan kesihatan reproduktif masih lagi rendah dalam kalangan remaja di Malaysia.
“Berdasarkan kajian National Health and Morbidity Survey 2017 oleh KKM, dalam kalangan remaja pernah mengadakan hubungan seks, hanya 10 peratus menyatakan pernah menggunakan kaedah kontraseptif bagi mencegah kehamilan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang meminta Kerajaan menyatakan bilangan kes bayi yang dibuang selain rancangan daripada Kerajaan.
Tambah Hannah, memetik statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejumlah 911 bayi dibuang dari tahun 2010 hingga Ogos 2018, di mana 585 daripada jumlah bayi dijumpai tidak bernyawa.
Justeru, katanya fokus utama Kerajaan adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan, kebajikan bayi dan ibunya terbela di mana ia turut menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah, komuniti, institusi keagamaan, media, pihak berkuasa negeri dan persekutuan.
Malah, Kementerian juga akan memperkasa pendekatan sedia ada melalui inisiatif relevan yang mendekati golongan remaja melalui media sosial yang lebih selesa untuk mereka mendapatkan maklumat bimbingan dan nasihat.
Topic Berkaitan
#bayi
#Dewan Rakyat
#hamil
#Hannah Yeoh
#keluarga
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kesihatan
#remaja
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan