Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

4 pusat kuarantin di Kota Kinabalu tempatkan PUI

4 pusat kuarantin di Kota Kinabalu tempatkan PUI
Kesemua pusat kuarantin tersebut menyediakan perkhidmatan perubatan, pemeriksaan status kesihatan mengikut jadual. - Unsplash / Adhy Savala
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menempatkan pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19 di empat buah pusat kuarantin termasuk sebuah hotel di bandar raya ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, pada Ahad.

Beliau berkata pusat kuarantin tersebut ialah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Bukit Padang, Akademi Bomba Sepanggar Kota Kinabalu, Politeknik Kota Kinabalu dan Hotel Butik Monaco di Sadong Jaya, dekat sini.
Beliau berkata Akademi Bomba Sepanggar dengan 38 bilik asrama dan Politeknik Kota Kinabalu (13 bilik asrama) telah dipenuhi oleh pesakit PUI sementara Institut Latihan KKM mempunyai dua blok dengan kapasiti 91 unit dan Hotel Butik Monaco dengan 40 bilik.

Safar, dalam kenyataan malam ini, berkata kesemua pusat kuarantin tersebut menyediakan perkhidmatan perubatan, pemeriksaan status kesihatan mengikut jadual dan sokongan kaunseling psikososial.

-- BERNAMA


Tag: Sabah, Kota Kinabalu, Kementerian Kesihatan, koronavirus, kerajaan, siasatan, kesihatan, kuarantin, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.