awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arteta dikritik sekat kreativiti Eze
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40,536 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah selesai - Noh Omar

Anthea Yap
Anthea Yap
19/09/2016
09:07 MYT
40,536 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah selesai - Noh Omar
Sejumlah 40,536 daripada 40,923 kes yang difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) telah berjaya diselesaikan. - Gambar fail
Sejumlah 40,536 daripada 40,923 kes yang difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) telah berjaya diselesaikan sepanjang 1 Januari 2003 hingga 31 Julai lalu.
Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, bagi Tribunal Pengurusan Strata (TPS) pula, sejumlah 794 daripada 1,687 kes berjaya diselesaikan bagi tempoh Julai 2015 hingga Julai lalu.
Beliau berkata corak kesedaran pengguna untuk memfailkan kes didapati meningkat di mana sehingga Jun tahun ini, pemfailan kes perumahan yang direkodkan adalah sebanyak 1,111 kes, manakala pengurusan strata 1,152 kes.
"Ini menunjukkan semakin banyak isu dipertikaikan oleh pembeli rumah dan pemilik petak strata susulan daripada kesedaran yang semakin meningkat hasil daripada aktiviti promosi yang giat dijalankan kementerian," katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah kepada Presiden Tribunal (TTPR) dan TPS di sini hari ini.
Menurut Noh, bagi TTPR pula, ia ialah alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mengenai perumahan antara pembeli rumah dan pemaju perumahan mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.
"Tribunal ini mempunyai bidang kuasa mendengar dan menentukan sebarang tuntutan dan pertikaian timbul daripada perjanjian jual beli dibuat antara pembeli rumah serta pemaju perumahan berlesen dengan tuntutan tidak melebihi RM50,000,” katanya disini.
Seramai lima Presiden baharu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan lima Presiden Tribunal Pengurusan Strata (TPS) dilantik oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Sehingga kini, ia menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 10 orang bagi Presiden TTPR dan 22 orang Presiden bagi TPS di seluruh negara.
Noh berkata pelantikan baharu itu antaranya bagi memenuhi penambahan jumlah kes tuntutan dibuat di TPS, yang didengar di 12 Mahkamah Tribunal Pengurusan Strata di empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur.
Topic Berkaitan
#Menteri Kesejahteraan Bandar
#Noh Omar
#Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#TPS
#Tribunal Pengurusan Strata
#Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
#TTPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan