Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

40 anggota bomba balai Tapah bebas COVID-19

40 anggota bomba balai Tapah bebas COVID-19
Anggota di Balai JBPM Tapah bebas COVID-19.
TAIPING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak mengesahkan 40 anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bebas daripada wabak COVID-19.

Pengarahnya,Azmi Osman  berkata mereka menjalani ujian saringan selepas seorang anggota di balai itu disahkan positif COVID-19.
"Kerja-kerja disinfeksi atau nyahkuman BBP Tapah telah dilakukan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) JBPM Perak," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kebakaran yang meragut nyawa tiga beranak di Kampung Sungai Relong, Kamunting di sini, hari ini.

Semalam, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Nor Hisham Mohammad mengesahkan seorang anggota dari BBP Tapah positif COVID-19.
Anggota itu dijangkiti COVID-19 selepas bercuti di Perlis dan melawat bapa saudaranya di Kedah yang positif wabak itu pada 14 Mac lepas kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Selain itu, Azmi berkata pihaknya juga melakukan nyahkuman di BBP Teluk Intan serta saringan ke atas 30 anggota selepas isteri seorang kakitangan balai itu positif wabak COVID-19.

Setakat ini, keputusan saringan belum diperoleh dan anggota berkenaan kini dikuarantin di rumah.- BERNAMA


Tag: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM, koronavirus, bebas, covid-19, Osman, azmi osman



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.