awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Luxury: JPJ Melaka sita enam kenderaan mewah
CAAM sahkan kes babitkan pesawat di lapangan terbang di Kedah
AKPS gagalkan cubaan empat warga China masuk Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 individu masuk melalui Bukit Kayu Hitam dikuarantin

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/06/2020
05:10 MYT
40 individu masuk melalui Bukit Kayu Hitam dikuarantin
Sebahagian daripada 40 individu yang dikuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar. Gambar Astro AWANI
Setelah hampir tiga minggu ditutup, stesen kuarantin di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar kini dibuka semula untuk menempatkan 40 individu yang baru kembali dari Thailand.
Mereka yang masuk ke Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam petang Isnin akan menjalani proses itu selama 14 hari bagi memastikan bebas COVID-19.
Menurut Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Imran Azemi, mereka yang dikuarantin itu membabitkan 32 rakyat tempatan dan warga Thailand (lapan).
Katanya kesemua mereka mendaftar masuk ke stesen kuarantin berkenaan pada jam 6.30 petang dan telah menjalani saringan suhu badan dan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
"Bilangan 40 individu itu melibatkan seramai 20 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan," katanya di sini pada Selasa.
Amran Azemi berkata, seramai 48 petugas pelbagai agensi termasuk APM, Kementerian Kesihatan (KKM), polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, ditugaskan di stesen kuarantin berkenaan.
Topic Berkaitan
#Bukit Kayu Hitam
#COVID-19
#dari thailand
#hotel seri malaysia
#Kedah
#kuarantin
#pendaftaran
#rakyat Malaysia
#rakyat Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan