awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 jemaah tabligh terkandas di India dibawa pulang hari ini - Ismail Sabri

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/07/2020
07:02 MYT
40 jemaah tabligh terkandas di India dibawa pulang hari ini - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, 40 jemaah tabligh dari Malaysia yang terkandas di India dibawa pulang hari ini.
Seramai 40 rakyat Malaysia yang terkandas di India dijadual kembali ke tanah air hari ini (Rabu) menerusi penerbangan komersial Air India Express.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka yang dibawa pulang merupakan jemaah tabligh yang tidak berjaya pulang ke Malaysia pada 17 Julai 2020.
“Mengambil kira faktor risiko jangkitan, mereka bakal dikenakan kuarantin wajib selama 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi,” katanya menerusi kenyatannya pada Rabu.
Jelasnya, pusat kuarantin tersebut akan diselia oleh petugas-petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta dikawal oleh pihak PDRM dan beliau menegaskan tiada sebarang pelawat mahupun ahli keluarga dibenarkan sepanjang tempoh kuarantin wajib berkenaan.
Setakat ini, KKM telah melakukan saringan sebanyak 22,869 terhadap individu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan daripada jumlah itu 22,791 didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing.
Sementara itu, 79 individu yang didapati positif COVID-19 telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan termasuk pemeriksaan dan pemantauan pihak polis bagi pematuhan kuarantin di rumah.
Topic Berkaitan
#COVID19
#India
#Ismail Sabri
#Jemaah tabligh
#kuarantin
#Menteri Pertahanan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan