Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sehingga 6 Julai 2020, 414 orang yang diletakkan di bawah 'Home Surveillance' masih perlu menjalani ujian COVID-19 hari ke-13.

Jumlah ini adalah 206 orang kurang daripada jumlah yang telah dilaporkan pada 2 Julai 2020.

Berikut adalah tumpuan sidang media KKM hari ini;

1) 11 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,476 kes (97.8 peratus)

2) Lima kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 8,668 kes dengan 71 kes aktif dan kebolehjangkitan COVID-19

3) Daripada lima kes baharu yang direkodkan, tiga adalah kes import dan dua adalah kes penularan dalam negara

4) 414 orang di bawah 'home surveillance' masih perlu jalani ujian COVID-19 hari ke-13

5) Hari Zoonosis Sedunia 2020: KKM berharap penglibatan orang ramai dalam pencegahan penyakit-penyakit zoonosis dapat dipertingkatkan