awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 disyaki pemburu haram ditahan di Kinabatangan

Ridzal Abdullah, Radhi Muslim
Ridzal Abdullah, Radhi Muslim
27/01/2020
02:09 MYT
5 disyaki pemburu haram ditahan di Kinabatangan
Suspek empat lelaki tempatan dan seorang warga asing berusia 33 hingga 51 tahun itu ditahan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Warden Kehormat Hidupan Liar memberkas lima lelaki dipercayai pemburu haram dalam satu kejadian di kawasan Pusat Pemeliharaan Sanktuari Hidupan Liar Sukau, dekat sini, pada Ahad.
Suspek empat lelaki tempatan dan seorang warga asing berusia 33 hingga 51 tahun itu ditahan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Pegawai Pemerintah, Batalion 20 PGA Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasruddin M Nasir berkata sebelum kejadian pihaknya menerima maklumat berkaitan pemburu haram di lokasi tersebut.
Menurutnya, sepasukan anggota Tiger Platoon bersama Warden Kehormat Hidupan Liar Kinabatangan bergegas membuat rondaan di kawasan Tandu Batu Pusat Sanktuari menaiki sebuah bot.
“Apabila tiba di lokasi, anggota betugas menemui khemah di tebing sungai lalu membuat pemeriksaan.
“Sekumpulan individu kemudiannya kelihatan bertindak melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
“Namun, 15 minit kemudian sebuah bot dinaiki lima lelaki datang ke khemah terbabit dan sebaik diperiksa terdapat seekor rusa yang sudah mati serta selaras senjata buatan sendiri ditemui dalam bot lima lelaki terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
Beliau berkata semua suspek kemudiannya ditahan untuk tindakan kerana terbabit dalam aktiviti pemburuan haram.
“Dua buah bot, dua buah enjin sangkut, parang, peluru, selaras senapang dan rusa berkenaan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM33,000 dirampas.
“Kes disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997,” katanya.
Topic Berkaitan
#Batalion 20 PGA Beluran
#Mohd Nasruddin M Nasir
#Pasukan Gerakan Am
#pemburu haram
#PGA
#Pusat Pemeliharaan Sanktuari Hidupan Liar Sukau
#Warden Kehormat Hidupan Liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan