awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 individu dikenakan tindakan kerana gagal patuhi SOP kuarantin di rumah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/08/2020
06:17 MYT
5 individu dikenakan tindakan kerana gagal patuhi SOP kuarantin di rumah
Ismail Sabri menambah, sejak 24 Julai sehingga 4 Ogos, seramai 5,355 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
Meskipun amaran telah diberikan oleh kerajaan, masih ada individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah selepas lima individu dikenakan tindakan oleh polis, pada Selasa (4 Ogos).
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan tersebut dikenakan hasil daripada 1,969 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.
Pemeriksaan tersebut dijalankan bersama petugas Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memantau kepatuhan individu terbabit terhadap SOP yang ditetapkan, jelasnya dalam kenyataan media hari ini.
Ismail Sabri menambah, sejak 24 Julai sehingga 4 Ogos, seramai 5,355 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
Katanya, kesemua mereka ditempatkan di 21 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) masing-masing di Kuala Lumpur; Negeri Sembilan; Pulau Pinang; Kelantan; Sarawak; Selangor; Perak; serta Johor.
"Daripada jumlah itu, seramai 13 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
"Mereka telah pulang dari 28 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis dan Australia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memaklumkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat pemeriksaan di 38 tapak binaan di seluruh negara yang melibatkan 78 penguatkuasa pada Selasa.
"Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB telah mendapati 34 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan manakala satu tapak binaan tidak patuh SOP dan telah diberi nasihat. Tiga tapak binaan lagi tidak beroperasi," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Ismail Sabri
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Kuarantin rumah
#PKPP
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan