SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.


1. Terkini koronavirus

Berikut maklumat terkini melibatkan kes koronavirus yang dilapor setakat jam 4 pagi ini.

- Taiwan catat pertambahan satu kes menjadikan jumlah keseluruhan enam setakat ini.
- Jumlah kes di luar China: 61
- Jumlah kematian di China: 82
- WHO menaikkan penilaian risiko kepada "tinggi"

Baca Lapor Langsung untuk mendapatkan maklumat semasa berhubung kes koronavirus.



2. Malaysia 'Lebih Bersedia'

Malaysia berada pada kedudukan ke-18 dunia dengan skor 62.2 peratus pada kategori 'lebih bersedia' untuk menghadapi situasi wabak berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Sementara itu, negara jiran Thailand pula menjadi negara 'paling bersedia' pada skor 73.2 peratus, manakala Singapura pada skor 58.7 peratus.

Menurut Economist Intelligence Unit menerusi Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) yang diterbitkan pada Oktober 2019, hanya 13 negara sahaja yang berada pada kedudukan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi ancaman wabak.

Dalam perkembangan sama, pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Beijing telah menubuhkan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) bagi memantau serta memberi laporan berterusan dan terkini berhubung perkembangan wabak 2019 novel koronavirus di China.

Penubuhan ERT berkenaan berperanan untuk menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan atau Pejabat Konsul Jeneral di seluruh China bagi memastikan kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa terjaga.



3. 'Virus media sosial' lebih bahaya

Orang ramai diingatkan untuk tidak mempolitikkan sebarang isu kesihatan terutama apabila ia melibatkan krisis di peringkat global.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata apabila ia dipolitikkan, ia bukan sahaja menjejaskan negara malah, merendahkan moral kakitangan kesihatan.

Menyifatkan kemelut dan pergeseran pandangan di media sosial dalam kalangan netizen dan pemimpin politik sebagai 'virus', Dr Zainal mahu pemikiran terbuka dan matang dalam menilai sesuatu perkara sebelum ia dikongsikan.



4. Kemudahan imigresen digantung sementara

Kerajaan Malaysia telah menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya.

Ia termasuk kemudahan tanpa visa (eNTRY), visa semasa ketibaan (visa on arrival), e-visa, dan visa manual.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, khususnya di Wilayah Hubei tersebut dan ianya adalah berkuatkuasa serta-merta.

Kemudahan imigresen ini akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal.



5. Keputusan sukan

Piala FA
Bournemouth 1 - 2 Arsenal