awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shuib didenda RM10,000 promosi vape
'Pirate Queen: Zheng Yi Sao' jadi filem AI generatif pertama di pawagam Malaysia
Gangguan trafik minimum di KM16.33 NKVE Damansara-Subang malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50,000 pekerja diberhentikan tahun ini tidak tepat - Mustapa

Shafizan Johari
Shafizan Johari
09/01/2018
13:08 MYT
50,000 pekerja diberhentikan tahun ini tidak tepat - Mustapa
MUSTAPA: Dakwaan sesetengah pihak bahawa 50,000 pekerja akan diberhentikan berikutan peningkatan kos perniagaan adalah tidak tepat. - FotoBERNAMA
Dakwaan bahawa 50,000 pekerja akan diberhentikan pada tahun ini adalah tidak tepat, jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya memang ada pemberhentian kerja pada tahun ini, tetapi pekerja yang terkesan akan diambil bekerja semula di syarikat lain.
"Dakwaan sesetengah pihak bahawa 50,000 pekerja akan diberhentikan berikutan peningkatan kos perniagaan adalah tidak tepat.
"Bagi kami, pekerja yang akan diberhentikan akan diambil bekerja semula oleh perniagaan lain yang bakal berkembang," jelas beliau dalam satu kenyataan.
Jelasnya, kebanyakan pekerja yang diberhentikan ialah dari syarikat seperti Seagate, Hitachi Global Storage Technology dan Rubicon di Pulau Pinang.
Kebanyakan pekerja yang diberhentikan dari syarikat berkenaan pula sudah diserap masuk ke syarikat seperti Keysight, Inari, HP, Osram dan Infineon.
Katanya, 153,000 peluang pekerja baru diwujudkan dalam tempoh antara 2014 dan 2016, sementara 32,700 lagi pekerjaan baru diwujudkan antara Januari hingga September tahun lalu.
Sementara itu, beberapa pelaburan baru dari Broadcom dan Osram di Pulau Pinang, Konica Minolta di Melaka, Infineon di Kedah, Roland dan IKEA di Selangor dan BMW di Johor.
Tambahnya, sektor minyak dan gas juga kembali pulih, terutamanya dalam segmen hiliran dan huluan.
Ketika ini, kadar pengangguran negara berada pada paras 3.3 peratus, paras terendah di rantau ini.
Jumlah pekerja pula meningkat kepada 14.48 juta orang pada suku ketiga 2017 berbanding 14.42 juta pada suku sebelumnya.
BACA: Pemberhentian kerja: Perlu pelarasan latihan semula - MPN
BACA: Awas! Tiga sektor pekerjaan paling berisiko membuang pekerja
BACA: Lebih 31,000 pekerja diberhenti sejak awal tahun hingga September
Topic Berkaitan
#BMW
#Buang kerja
#hilang kerja
#kerajaan
#kerja
#menteri
#minyak
#MITI
#Mustapa Mohamed
#pelaburan
#pengangguran
#technology
#WEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan