Tutup

50,000 pekerjaan ditawarkan di Expo Pemuda 2018

50,000 pekerjaan ditawarkan di Expo Pemuda 2018
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan Expo Pemuda 2018 di PWTC yang bermula hari ini. - Foto Astro AWANI/RahimahAbdullah
KUALA LUMPUR:

Lebih 50,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan pada Expo Pemuda 2018 di Dewan Tun Razak 1, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ibu negara. 

 

Ia berlangsung selama dua hari iaitu bermula hari ini dan esok dari jam 10 pagi hingga 6 petang. 

 

Majlis pembukaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

 

Turut hadir, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin. 

 

Empat segmen yang dirangka khusus pada ekspo kali ini iaitu Karnival Peluang Kerjaya, Rumah Mampu Milik, Latihan Kemahiran, dan Dana Keusahawanan. 

 

Expo itu mensasarkan penglibatan ahli akademik, pembeli hartanah, graduan, pelabur, pekerja profesional, penyedia perkhidmatan, dan pelatih industri. 

 

Turut disediakan, temuduga secara terus, Klinik Resume, cabutan bertuah, bengkel kerjaya, program keusahawanan, dan demonstrasi produk. 

 

Menurut Pengerusi Expo Pemuda 2018, Khairul Azwan Harun, ekspo berkenaan juga selari dengan manifesto Jaminan Orang Muda (JOM) yang dilancarkan untuk belia. 

 

JOM menggariskan lapan jaminan untuk orang muda. 

 

Pertama, menjamin pekerjaan dan latihan untuk orang muda. 

 

Kedua, meningkat pendapatan dan kemahiran pekerja muda 

 

Ketiga, memperkasa ekonomi belia luar bandar. 

Keempat, memudahkan usahawan muda mendapat bantuan.

Kelima, meringankan beban keluarga muda.

Keenam, menyediakan kehidupan berkualiti.
Ketujuh, memastikan peluang untuk segenap segmen.

Kelapan, mengangkat idea generasi TN50.