Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

53 motosikal rentung dalam kebakaran di PPR Gombak Setia

53 motosikal rentung dalam kebakaran di PPR Gombak Setia
Pasukan bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 5.47 pagi. - Foto Astro AWANI
GOMBAK: 53 buah motosikal dan lapan buah kereta yang diletakkan di kawasan parkir blok 41, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.
 
Susulan itu Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 pagi menggerakkan empat jentera bersama 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak ke lokasi untuk memadam kebakaran.
 
Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kira kira 10 minit kemudian, api didapati sedang marak.
 
Sejumlah 53 buah motosikal mengalami kemusnahan sepenuhnya, manakala lapan buah kereta pula rosak teruk 60 hingga 80 peratus.
 
Pasukan bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 5.47 pagi.

53 motosikal mengalami kemusnahan sepenuhnya, manakala lapan kereta pula rosak teruk 60 hingga 80 peratus. - Foto Astro AWANI
 
Kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan mangsa dan punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
 
Pasukan polis juga sedang menyiasat jika kejadian mempunyai unsur khianat.


Tag: bomba, kebakaran, api, mangsa, kereta, siasatan, rakyat



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.