Tutup

56 warga asing ditahan dalam serbuan pusat hiburan

56 warga asing ditahan dalam serbuan pusat hiburan
Sebahagian daripada warga asing yang berjaya ditahan dalam Op Ambang Merdeka. - Astro AWANI
KAJANG: Seramai 56 warga asing ditahan polis dalam serbuan di empat pusat hiburan dalam Op Ambang Merdeka yang berakhir di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, operasi selama dua hari itu turut mendapati kesemua premis beroperasi tanpa lesen.

Tujuh penjaga premis turut ditahan bagi membantu siasatan.

Tambahnya ada premis yang menyediakan laluan tikus bagi warga asing terbabit menyembunyikan diri.
Semakan mendapati wanita terbabit warga Vietnam, Indonesia, Thailand dan Myanmar menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Siasatan polis mendapati terdapat kegiatan pelacuran di luar pusat hiburan terbabit. - Astro AWANI

Polis turut menemui beberapa paket plastik kecil yang kosong dipercayai berisi dadah.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas 178 pelanggan mendapati tiga individu positif dadah.
Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.