awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

572 kertas siasatan penipuan jual pelitup muka, RM5.5 juta nilai kerugian - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/06/2020
06:56 MYT
572 kertas siasatan penipuan jual pelitup muka, RM5.5 juta nilai kerugian - Ismail Sabri
Ismail Sabri mengingatkan oarng ramai supaya berhati-hati ketika membuat pembelian secara dalam talian.
Sebanyak 572 kertas siasatan penipuan penjualan pelitup muka yang melibatkan kerugian kira-kira RM5.5 juta dibuka polis sehingga Rabu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, kebanyakan kes penipuan membabitkan urus niaga secara dalam talian termasuk melalui melalui platform Facebook dan WhatsApp.
Beliau memberitahu, Selangor merekodkan kes terbanyak dengan 122 kes, diiikuti Johor (68) dan Pulau Pinang (68).
"Daripada jumlah itu polis menahan 181 individu dan 53 individu telah dituduh di mahkamah sejak 18 Mac lalu," katanya pada sidang akhbar harian di Putrajaya di sini, pada Khamis.
Ekoran itu, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membuat pembelian secara dalam talian.
"Elakkan berurusan dengan laman web yang mencurigakan dan semak ulasan serta komen daripada pembelian terdahulu. Jangan terpedaya dengan tawaran mudah.
"Face mask (pelitup muka) kini boleh didapati dengan mudah termasuk kedai-kedai dan farmasi. Jadi elakkan daripada tertipu sebegini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Facebook
#ismail sabri yaakob
#kertas siasatan
#PKPB
#topeng muka dan hidung
#urus niaga dalam talian
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan