awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5G untuk industri dijangka bermula seawal tahun depan - SKMM

Bernama
Bernama
22/04/2019
02:01 MYT
5G untuk industri dijangka bermula seawal tahun depan - SKMM
Al-Ishsal berkata pelaksanaan teknologi itu boleh memberi tumpuan kepada bidang industri seperti zon perdagangan bebas di Pulau Pinang. --fotoBERNAMA
Penggunaan teknologi 5G bagi industri dijangka bermula seawal tahun depan, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pengarahnya, Al-Ishsal Ishak berkata pihak industri akan mendapat lebih keutamaan berbanding pengguna, tidak seperti teknologi rangkaian 3G dan 4G sebelum ini.
"Jika ada cadangan kepada bidang industri tertentu atau berimpak tinggi yang disaran mengguna 5G selepas pasukan petugas 5G menghantar laporan mereka menjelang akhir tahun ini, kami boleh melakukannya dengan syarat peralatan dan ekosistemnya ada dan penyedia perkhidmatan bersedia melaksanakannya, maka 5G untuk industri boleh bermula seawal tahun depan," katanya.
Al-Ishsal berkata demikian kepada pemberita pada Program 5G Malaysia yang bermula 18 April dan berakhir pada Khamis bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai teknologi.
Ditubuhkan pada November tahun lepas, pasukan petugas khas itu perlu mengkaji dan mencadangkan strategi holistik untuk pelaksanaan 5G di Malaysia.
Mereka dijangka melengkapkan kajian dan menghasilkan laporan akhir untuk diserah kepada SKMM dan Menteri Komunikasi dan Multimedia menjelang September ini.
Sebagai contoh, Al-Ishsal berkata pelaksanaan teknologi itu boleh memberi tumpuan kepada bidang industri seperti zon perdagangan bebas di Pulau Pinang yang menggunakan robotik dalam sektor pembuatan, pertanian, perikanan, pendidikan dan perubatan.
Al-Ishsal berkata SKMM akan menjalankan penutupan sistem analog pada suku ketiga,manakala pembersihan spektrum 700 MHZ akan dibuat enam bulan selepas itu untuk kegunaan awam.
"Jadi, apabila anda melihat tempoh tersebut, kami menyelesaikan tugasan (5G) tahun ini, manakala menyiapkan spektrum pada tahun depan," katanya.
Beliau berkata, inilah faktor mengapa Malaysia lebih awal menjadi tempat ujian 5G agar setaraf dengan pengesahan piawaian di seluruh dunia.
Mengulas program 5G yang berakhir pada Sabtu, Al-Ishsal berasa teruja dengan sambutan yang menggalakkan itu, dan menurutnya SKMM bercadang menganjurkan program tersebut di seluruh negara supaya lebih ramai pihak dapat menikmati pengalaman menggunakan teknologi 5G.
Topic Berkaitan
#Al-Ishsal Ishak
#SKMM
#teknologi 5G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan