Sehingga 5 Mei, 2020, sebanyak 6,840 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima kemudahan dana pinjaman mudah berjumlah RM3 bilion yang disalurkan kerajaan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, jumlah itu merupakan pertambahan daripada RM1.5 bilion bantuan yang melibatkan 3,363 PKS setakat 26 April lepas.
Menurutnya, majoriti jumlah ini adalah daripada Kemudahan Bantuan Khas (SRF) yang mana PKS boleh memohon pembiayaan sebanyak RM1 juta dengan kadar faedah 3.5 peratus dan 80 peratus daripada jumlah pembiayaan dijamin kerajaan.
“Sambutan terhadap kemudahan ini amat menggalakkan dan saya berharap ia digunakan dengan penuh manfaat,” katanya semasa membentangkan Laporan Laksana Keempat Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, hari Selasa.
Tengku Zafrul berkata bagi Skim Pinjaman Mikro Kredit, sehingga 29 April, daripada RM700 juta kredit mikro yang ditawarkan pada kadar faedah 0 peratus oleh BSN dan TEKUN Nasional, sebanyak RM132 juta telah diluluskan.
Daripada jumlah ini, BSN telah meluluskan RM90 juta kepada 2,000 PKS Mikro dan TEKUN telah meluluskan RM42 juta kepada 5,000 PKS Mikro.
Manakala bagi program Subsidi Upah, sehingga 3 Mei, sebanyak RM1.9 bilion telah diluluskan yang memanfaatkan 235,000 majikan dan melibatkan 1.7 juta pekerja, katanya sambil menambah ia merupakan peningkatan daripada 195,000 majikan melibatkan 1.5 juta pekerja dalam laporan minggu lepas.
Tengku Zafrul berkata bagi program pengekalan pekerja (ERP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kerajaan telah bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM120 juta (keseluruhan berjumlah RM240 juta).
Program ini bertujuan untuk memberi sokongan sebanyak RM600 sebulan selama enam bulan kepada pekerja yang bercuti tanpa gaji.
Sebelum ini pada 16 Mac, ERP telah diluluskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM120 juta dan sehingga hujung April, 2020, lebih 52,000 permohonan pekerja telah diterima dan diluluskan.
Bernama
Tue May 05 2020
Tengku Zafrul berkata kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM120 juta kepada program ERP.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
6,840 PKS terima RM3 bilion kemudahan dana pinjaman mudah - Tengku Zafrul
Sehingga 5 Mei, 2020, sebanyak 6,840 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima kemudahan dana pinjaman mudah berjumlah RM3 bilion yang disalurkan kerajaan, kata Menteri Kewangan