awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows 11 terima kemas kini kecemasan tangani isu PC tidak boleh dimatikan
ASEAN, China di peringkat akhir muktamad kod tatalaku Laut China Selatan - Mohamad
Raffi Ahmad kongsi detik cemas, helikopter hampir terhempas di Bali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60,528 pemeriksaan bagi menguatkuasakan pematuhan SOP PKPB

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/05/2020
07:08 MYT
60,528 pemeriksaan bagi menguatkuasakan pematuhan SOP PKPB
Sebanyak 2,876 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan melibatkan seramai 15,023 anggota. - Gambar fail
Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan sebanyak 60,528 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara, semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebanyak 3,675 pasar raya, 3,102 restoran, 330 penjaja dan 753 kilang serta 3,743 bank telah diperiksa pada hari pertama Syawal.
Beliau berkata, pemeriksaan juga dilakukan di 1,022 terminal pengangkutan darat, 168 terminal pengangkutan air serta 101 terminal pengangkutan udara.
"Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah memeriksa sebanyak 23,633 buah kenderaan persendirian, 1,318 kenderaan awam dan 19 vessel.
"Turut diperiksa adalah 1,192 pasar awam, 4,720 tempat ibadah, 1,392 tempat riadah dan 247 tapak binaan," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
Katanya, sebanyak 2,876 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan melibatkan seramai 15,023 anggota.
Topic Berkaitan
#bank
#coronavirus
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#Media
#operasi
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan