Dalam membuat persediaan keperluan sekolah, golongan pelajar dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah tidak sama sekali dilupakan.
Program 'PROLINTAS Back to School' yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang pada Sabtu anjuran syarikat pemegang konsesi lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menyahut matlamat berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PROLINTAS, Datuk Muhammad Azlan Abdullah berkata, program itu bertujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah serta mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai dalam menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka.
"Program tahunan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bermula pada tahun 2002 ini memberi manfaat kepada 2,000 pelajar dan kami berharap agar sumbangan ini dapat memberi semangat dan keceriaan kepada murid-murid untuk memulakan sesi persekolahan yang baru," tambah beliau.
Sementara itu, menurut Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PROLINTAS, Muhd Ramali Abu Bakar, program itu bertujuan membantu keluarga dalam kategori B40.
"Kami menyediakan kelengkapan sekolah seperti set pakaian seragam sekolah serta baucar buku bernilai RM200.
"Program ini sebenarnya menyasarkan 600 orang pelajar iaitu di sekitar jajaran lebuh raya kendalian PROLINTAS iaitu Ampang, Keramat, Kajang, Cheras, Shah Alam, Sungai Buloh, Bukit Subang dan Kota Damansara.
Bagi seorang ibu, Adilah Ahmad, 48, program itu sememangnya meringankan bebannya menyediakan kelengkapan anaknya yang akan memasuki sesi persekolahan tahun hadapan.
"Kalau saya nak beli kelengkapan sekolah untuk seorang anak, boleh mencecah sehingga RM500.
"Kos ini sangat tinggi, dan kami sememangnya tidak mampu untuk menanggung kos ini.," katanya kepada Astro AWANI.
Turut hadir pada program ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansur yang menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan sekolah kepada kumpulan pelajar berkenaan.
"Program ini sangat baik dan saya mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat untuk turut mengadakan program seperti ini bagi kebaikan kita bersama," katanya.
Firdaus Alauddin
Sat Dec 22 2018
Sebahagian daripada keluarga yang menerima bantuan sempena program PROLINTAS Back To School, di SMK Subang pada Sabtu. - Astro AWANI/Firdaus Alauddin
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.