awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

62 calon gagal serah penyata perbelanjaan PRU14

Bernama
Bernama
17/12/2018
10:00 MYT
62 calon gagal serah penyata perbelanjaan PRU14
AZHAR: Tarikh akhir penyerahan penyata perbelanjaan PRU14 ialah pada pada 28 Jun lepas. - BERNAMA/Fail
Seramai 62 orang calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gagal menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya masing-masing, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.
"Jumlah ini meliputi 14 orang calon bagi bahagian pilihan raya Parlimen dan 48 orang calon bagi bahagian pilihan raya DUN (Dewan Undangan Negeri)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 menetapkan bahawa calon-calon yang bertanding atau ejen pilihan rayanya hendaklah menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan PRU14 yang diwartakan pada 28 Mei tahun ini (2018).
Tarikh akhir penyerahan penyata perbelanjaan PRU14 ialah pada pada 28 Jun lepas, katanya.
"Sehubungan dengan itu, SPR telah membuat laporan polis terhadap calon-calon yang gagal menyerahkan penyata perbelanjaan mereka bagi tindakan lanjut mengikut undang-undang," katanya.
Pada PRU14, SPR telah menerima sebanyak 687 pencalonan bagi kerusi Parlimen dan 1,646 pencalonan bagi kerusi DUN, katanya.
Menurut Azhar, selaras dengan Seksyen 23 AKPR 1954, terdapat implikasi terhadap calon yang gagal menyerahkan penyata perbelanjaan.
Antaranya tidak boleh menghadiri sidang atau mengundi dalam Dewan Rakyat atau DUN, tidak boleh menyertai mana-mana pilihan raya selama tempoh lima tahun dan boleh didakwa dan diambil tindakan atas perbuatan yang menyalahi undang-undang, katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Azhar Azizan Harun
#calon pilihan raya
#PRU14
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan