Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 66 rakyat Malaysia dari Wuhan yang tiba di Kuala Lumpur Rabu lepas berada dalam keadaan sihat.
Dalam kenyataan pada Sabtu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini tiada kes baharu jangkitan COVID-19.
“Saringan kesihatan melalui ujian pengesanan COVID-19 semasa ketibaan mendapati kesemua mereka negatif virus itu.
“Bagaimanapun mereka akan terus berada di Pusat Pemantauan (Surveillance Center) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai, Negeri Sembilan sehingga 11 Mac ini,” kata beliau.
Mereka yang dibawa pulang membabitkan 66 individu dengan 46 adalah warganegara, manakala 20 lagi (pasangan dan anak) bukan warganegara yang bermastautin di Wuhan dan kawasan sekelilingnya.
“Tiada kes baharu dilaporkan pada hari ini (Sabtu) dan jumlah positif Covid-19 di Malaysia kekal 25 kes.
“Tiga kes (kes 23, 24 dan 25) berada di dalam keadaan yang stabil,” jelasnya.
Semalam (Jumaat), dua kes baharu COVID-19 dilaporkan melibatkan wanita warga Jepun berusia 41 tahun yang bekerja di Malaysia serta lelaki Itali berumur 54 tahun.
Manakala Khamis lepas, satu lagi kes membabitkan seorang wanita tempatan berusia 53 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun
Daripada 25 kes positif itu, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj, menjadikan kes yang masih menerima rawatan di wad pada ketika ini ialah tiga orang dan mereka berada dalam keadaan stabil.
Afiezy Azaman
Sat Feb 29 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 66 rakyat Malaysia dari Wuhan yang tiba di Kuala Lumpur Rabu lepas berada dalam keadaan sihat.
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
66 rakyat Malaysia pulang dari Wuhan negatif COVID-19 - Dr Noor Hisham
Saringan kesihatan melalui ujian pengesanan COVID-19 semasa ketibaan mendapati kesemua mereka negatif virus itu