awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 produk kosmetik diharamkan penjualan serta-merta

Noor Aiman Haziq
Noor Aiman Haziq
06/08/2019
03:39 MYT
7 produk kosmetik diharamkan penjualan serta-merta
DR NOOR HISHAM: Keracunan merkuri boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria. -Gambar fail
Tujuh produk kosmetik diharamkan dan dibatalkan pengedarannya serta-merta oleh Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) setelah dikesan mengandungi merkuri.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk-produk berkenaan tidak dibenarkan dijual di Malaysia kerana mengandungi bahan beracun tersebut yang boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan keracunan.
"Keracunan merkuri boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria.
"Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan yang dibuat di blognya di kpkesihatan.com.
Kenyataan Akhbar KPK 6 Ogos 2019 Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),... https://t.co/Pt9cVMR7He
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 6, 2019
Kenyataan Akhbar KPK 6 Ogos 2019 Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual https://t.co/XnOEJQFevt pic.twitter.com/CqSW7W3bCg
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 6, 2019
Tambahnya, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
Berikut senarai penuh produk-produk yang diharamkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM: Produk-produk kosmetik tempatan yang diharamkan KKM
Senarai produk kosmetik tempatan yang mengandungi merkuri
Produk-produk kosmetik beracun
Lampiran A - KKM Statement (1)
Produk-produk kosmetik beracun
Lampiran A - KKM Statement (2)
Produk-produk kosmetik beracun
Lampiran A - KKM Statement (3)
Dalam pada itu, peniaga kosmetik diarah menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut secara serta-merta mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
"Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," kata kenyataan itu lagi.
Individu yang engkar boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Manakala bagi syarikat pula, hukuman untuk kesalahan pertama ialah denda sehingga RM50,000 manakala denda sehingga RM100,000 boleh dikenakan bagi kesalahan berikutnya.
Sementara itu, orang awam yang menggunakan produk kosmetik terbabit dinasihatkan segera menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Topic Berkaitan
#Dnars
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Fjura
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#kosmetik
#Malaysia
#merkuri
#peniaga
#penjara
#racun
#raksa
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan